followers :)

29 July 2011

.tak perempuan ke tengok bola.

salam kembali.

ehem.tekak masih serasa perit selepas menjerit tadi. tendangan Safee Sali yang menyumbat gol pertama untuk Malaysia membuatkan aku melompat bagai anak kera.

acap kali bila tiba perlawanan bola sepak pasukan kegemaran , keghairahan aku melonjak. habis orang di sekeliling dilupakan.

separuh masa pertama dihabiskan dengan tumbuk-tumbuk kerusi. belasah-belasah bantal. dan kepala dihentak-hentak ke kusyen yang empuk.

aku tengok bola kat rumah je.

pemain kembali memenuhi padang.
mak aku juga turut serta di sebelah aku.

MAK : eeii. tengok cerita Mulan lagi best kan fariz ?

AKU : mana ada. tak best lah Mulan. orang dah hafal cerita dia.

maka terjadilah sedikit pertukaran bahas antara aku, mak dan adik-adik.

tiba-tiba.

AKU : GOOOOOAAAAAALLLLL !!!!

dengan pelbagai gaya aku melompat girang. kemudian terduduk semula ke sofa sambil membalas pandangan mak aku yang mula membulatkan matanya.aku segera menekup muka ke bantal. MALU lah pulakk -.-"

MAK : ish ish hang ni. sampai terjerit-jerit tengok bola. bola je pun.

AKU : hehehehe....*masih malu-malu*

MAK : oii. hang tu anak dara. mana ada anak dara tengok bola

AKU : =___="

betul ke tak ada anak dara tengok bola?

orang ckp tak perempuanlah tengok bola kan

aku masih keliru dengan pernyataan tu


P/S: tahniah pasukan malaysia.walaupun tak menang. tapi keeper sangat hebat.haha


 gambar bila ntah aku mintak encik google carikan. ehem. muslim comel.pakwe aku.haha.berangan!

25 July 2011

.kenapa suka dia.

salam.

" eh , kau nak tahu ? aku suka dia "

peduli apa aku
hari ini . semalam . dan kelmarin.
kau ulang dan ulang kata-kata tahi itu

aku dah tak berani nak cakap macam tu
kenapa?

entahlah.

*hela nafas berat*

aku pun tak tahu apakah cakap aku hari ini masuk akal atau tidak
aku sendiri tidak fasih dengan apa yang berselirat dalam kepala dan benak
cuma aku terperasan dan aku rasa sedikit penat dalam hati
kenapa kau suka dia ?

eleh.
jangan fikir aku tak perasan

manusia dan alasan
lantak engkaulah

aku takkan mampu lawan kehendak kau

orang kiri kanan bertanya aku
tentang perasaan
tentang pasangan
tentang kehidupan
tentang masa depan

aku memberi muka kosong sebagai jawapan

hanya itu yang aku mampu
agar tiada kontroversi
agar tiada konfrontrasi
agar tiada provokasi

maaf anda semua

adrenalin aku semakin berkurangan

aku punyai hati yang kering tika ini
walaupun mencari secara sembunyi
terjenguk-jenguk kau di sana
berharap kau lambai aku kembali

ah.persetankan angan-angan aku.

*diam sekejap*

sampai bila mahu begini?

mak sudah geleng-geleng lihat aku

" tengok tu . habis semua lagu yuna dia nyanyi"

termenung tak tentu pasal


sudah.
aku mahu berhenti

sungguh.
entri aku sungguh tak ada kena mengena .
maaf

21 July 2011

.pejuang sepi.

berdiri lah engkau di situ
meluah kata-kata
merah biru jingga
aku tak mengerti apa-apa
bahasa engkau
tersembunyi di awan
hanya
mencanang bahagia di bulan
engkau terlalu sepi
engkau terlalu pemalu
pada pejuang kudrat
untuk
membentuk dunia

19 July 2011

.cuba mencuba.

aku tekan punat merah itu
kotak hitam terpadam
cahaya berwarna-warni lesap

cerita itu
tiba-tiba mengingatkan aku kepada kau
rindu pula
sudah lama tidak terlihat kau

bingkas bangun
menerpa ke pintu hadapan
cuba jenguk kau
tak ada

takpa
mungkin masih belum terlambat
melangkah laju menuju ke tingkat atas
langsir diselak seluasnya
masih tak nampak tanda kewujudan kau

masih mencuba
panjat meja tulis di tepi tingkap
aduh !
terhantuk dahi
gara-gara cuba menjenguk ke luar bilik
bebola mata melilau mencari kau

jengketkan kaki sedikit
wah !
akhirnya itu pun kau
berterusan memuja kau dalam hati
ciptaan Illahi yang sangat indah

mungkin bukan aku saja yang puja kau
mungkin seluruh alam turut serta bersama aku

mata menatap lama kau
tak bisa beralih ke arah lain
semoga aku dipanjangkan umur
supaya dapat lihat kau selamanya



wahai BULAN 



aku berharap sangat !

.yang pergi.

malam malam .
telefon menjerit meminta dijawab
telinga menekap erat
air muka berubah ketara

innalillahiwainnailaihirojiun


berangkat segera untuk menziarahi arwah
ketika semua masih lena diulit mimpi
kami berdoa
kami berzikir
untuk si mati

terkilan
tak sempat menatap benar wajahnya

anak-anak
cucu-cucu
cicit-cicit
bergema sendu tangisan mereka
mengiringi ke tanah perkuburan

melangkah layu
mengusir sayu yang bermaharani

sungguh aku terkilan

tidak mengapa
akan aku ubati dengan doa yang dibacakan setiap solat
semoga arwah tenang di sana
insyaAllah

Al-Fatihah

13 July 2011

.lelaki tikus.

apa tu lelaki tikus ? mungkin ada yang dah boleh faham apa yang dimaksudkan. Bagi yang belum faham tu , haa meh sini meh .

                                                  okay . tikus ni comel . lelaki tikus takk


Lelaki Tikus tu adalah lelaki yang suka mengeluarkan bunyi macam tikus bila bertembung , ternampak , berselisih  jalan dengan perempuan .Perempuan yang menjadi pilihan lelaki tikus ni tak terkira golongannya . Daripada anak dara , budak sekolah , mak orang mahupun yang dah bergelar nenek pun terpilih juga .

isu kali ni pasal perangai atau tabiat lelaki tikus yang suka mengusik perempuan . mari renung-renungkan situasi di bawah . ada betoi ka ?

SITUASI 1

seorang gadis baru balik dari pergi membeli-belah bersama rakannya. ketika turun dari bas, kelihatan dua orang lelaki tikus sedang bersidai di perhentian bas sambil mengeluarkan bunyi tikus untuk menarik perhatian gadis-gadis tadi . bila tidak ada respon , keluar pulak ayat macam ni

| Hai , sorang je ? tak nak abang teman ?

dalam hati gadis sumpah seranah." buta ke ? tak nampak kitorang jalan dua orang ni "
tetapi gadis-gadis ini tak layan . malah jalan lebih laju tanpa menghiraukan mereka . lalu lelaki tikus sambung mengayat

| Assalamualaikum. tak jawab dosa . kalau jawab suka dekat abang .


SITUASI 2

dua orang lelaki tikus sedang membonceng motosikal di jejalan kampung . lalu ternampak seorang gadis ayu sedang berjalan seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah . lelaki tikus mula beraksi

| *bunyi tikus* Hai, jalan sorang-sorang je ke? eeee.kat depan tu ada hantu . takut tak? takutnye . jomla abang teman

gadis bermonolog dalaman. " gila. sendiri tanya , sendiri jawab . ntah ntah dia yang takut hantu ."

Dan rutin  begini selalu terjadi kepada lelaki-lelaki tikus yang merupakan golongan penganggur tegar ataupun tidak ada kerja melainkan menjadi penunggu setia perhentian bas , simpang jalan di kawasan perumahan mahupun di bawah tiang elektrik kendalian TNB .

persoalannya . adakah lelaki tikus ni merupakan golongan peramah kerana sikap berani dan suka menegur orang lain yang tidak dikenalinya ? atau merupakan golongan yang tidak bermaruah ?

kebanyakan lelaki zaman sekarang ( bukan semua ) tak kira muda, remaja , mahupun yang tua pantang nampak perempuan yang berjalan sorangsorang atau berkumpulan , mesti nak tegur dengan apa cara sekalipun . paling senang bunyi tikus . bunyi yang sangat menjengkelkan bagi kaum hawa . bila ada perempuan yang tak suka atau tak puas hati :

"apa suwit2 ? ingat orang takde nama ke?"

lalu lelaki tikus itu akan segera mengatur strategi mengorat dengan cara yang lain pulak seperti :

| eh , marah pulok dia . hai cik adik manis . nama siapa ?

| awak , tali kasut awak tercabut lah .

| eee. tengok ni . duit lah .

wahai kaum adam . ini sangat menjengkelkan tahu ?

Ramai lelaki selalu menasihati kami kaum permpuan supaya berasa lebih malu serta menjaga maruah dan harga diri . tetapi . berapa ramai kaum lelaki yang menasihati kaum mereka sendiri untuk lebih bermaruah ?

SEDAR TAK ?

mari jenguk pula 3 jenis reaksi oleh 3 orang perempuan bila kena usik oleh lelaki-lelaki tikus ini :


1# perempuan sopan . lemah lembut . ayu . 

| *bunyi tikus* hai . nak abang teman tak . awak ni lawa lah . nama siapa ya ? 

REAKSI : perempuan jenis ni mungkin akan berjalan lebih laju atau berlari terus akibat ketakutan atas teguran yang melampau . ini juga boleh mendatangkan trauma kepada seseorang perempuan . ya . mungkin korang gelak bila dengar . tapi jangan jadi KEJAM boleh tak ? hormat lah sikit . mak kau pun perempuan jugak . kalau tak kerana dia , kau tak lahir kat dunia ni .

2# perempuan cantik . hot. seksi . bergaya . 

| *bunyi tikus* hai . nak abang teman tak . awak ni lawa lah . nama siapa ya ? 

REAKSI :

" hello . muka macam kapal pecah ada hati nak ngorat ai ? "

" tau la ai ni lawa . semua nak mengorat ai . benci lah ! "
*bermonolog dalam hati sambil menjeling tajam dengan muka masam 

ni kes lain sikit . perempuan jenis ni mungkin duduk dalam kategori yang agak berani . tapi berani macam mana pun kita , jangan sesekali mencabar kesabaran lelaki-lelaki tikus ni . atau dalam bahasa lembutnya , jual mahal . bahaya ! sebab kudrat kita tak mampu lawan balik dorang ni bila nafsu kuda dah mula merajai jiwa . ehem .
lebih baik pergi je dari situ . setel .

3# perempuan biasa . normal . simple . tenang .

| *bunyi tikus* hai . nak abang teman tak . awak ni lawa lah . nama siapa ya ?

REAKSI : perempuan jenis ni biasanya akan ambil jalan mudah . blah je dari situ . tapi dalam masa yang sama mereka akan lebih berhati-hati . taknak lalu jalan tu dah . atau ajak abang kalau nak pergi situ . mungkin tidak akan meninggalkan kesan trauma macam perempuan yang pertama tadi . cuma fobia . dan akan meninggalkan tanggapan buruk pada lelaki-lelaki tikus itu .

Kaum adam . kalau korang melabelkan perempuan gedik sebagai perempuan murahan , kami melabelkan lelaki tikus sebagai lelaki murahan juga . adil kan ?

hanya perempuan murahan akan tertarik dengan lelaki murahan . 

perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik . lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik .

pesanan pink

Gadis . sila jaga maruah anda . dari segi pakaian , percakapan dan bahasa tubuh anda .

peace :)

4 July 2011

.sakit sini sakit sana.

hei .
kau tiba tiba datang.

habis punah semuanya.
segala impian aku . dia . dan dia .
tak tertunai .

mcm mana kau nak ganti balik ?

tak boleh . 
tak mungkin .

kau dah rampas semuanya .

dia kami punya . 
kau tak punya usaha .

meraba raba .
terjumpa satu dan terus simpan dalam tangan kau .

hei ! itu milik kami .

kau genggam erat erat .
tak tahu malu .

persetankan jubah kau .
sebalik itu punya satu hati yang hitam .

kau topengkan tudung labuh kau .
dalam diam kau berhubung dengan syaitan durjana .
sihir . bomoh . jembalang .

dia . dia . dan dia menjadi mangsa rakus kau .

aku juga . 
terpaksa berkorban demi dia . dan dia .
kau apa tahu ?

sakit . 
aku tahan . tumpah jua mutiara .

aku marahkan dia . tapi aku lebih marahkan kau .

kerana kau .

sakit sini . sakit sana .
pernah kau kesah ?

dia sakit . aku sakit . semua sakit .

emosi semakin tak stabil .

serupa tesedut gas karbon monoksida yang kau lepaskan .
cuba mencari ruang . oksigen !

kau . insaflah . 
ingat . sehebat mana kau memijak kami . kau tetap manusia . seperti kami .

kau tak terkecuali mendapat balasan atas perbuatan iblis kau .

ALLAH MAHA ADIL .