ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh
kita lemparkan ke hujung dunia
kita hapuskan dari minda dan ingatan
bukan kerana kita membenci
tetapi kerana menyedari
jika kita mengingatinya
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan
jika terus menyimpannya
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan..
bukan membenci, bukan jua berputus asa
cuma sedar dan faham
ada sesetengah perkara memang bukan hak kita..
menjauhi bukan bermakna membenci
cuma untuk mengelakkan hati terus merindui pada yang tak pasti..