followers :)

16 August 2011

.kau ada kuasa ya?.

salam ramadhan.

sedar tak sedar dah masuk 16 Ramadhan dah pun. cepat ke lambat masa berlalu? entah. orang canang sana sini. bulan ramadhan bulan mulia. jadi perangai pun kena mulia. amalkan perkara-perkara mulia. jaga mata. jaga mulut. jaga telinga. jaga hati.

macam mana pula kalau orang yang suka cari pasal ? memang tak boleh nak jaga apa-apa langsung la kan. tambah-tambah mulut.

ah. cerita pasal gaduh. bertengkar. perang mulut mesti meletus jugak kan.

asal bergaduh harus berakhir dengan " pergi mati lah kau! "
tak pun " pegi mampuss! "

wow. kau ada kuasa yang hebat sangat ke nak matikan orang tu? nak tamatkan nyawa dia masa tu jugak?
memang tak la kan.

setahu aku Allah je yang Maha Berkuasa.

tapi ayat ni macam dah sebati dengan kita. dah jadi lumrah bila bergaduh mesti cakap pergi mati. takkan orang nak cakap " pergi hidup la kau! "

confirm kelakar gila. masa tu jugak orang gelakkan kau. silap-silap kena label sewel.

habis tu kau cakap pergi mati kat orang tu tak kelakar ke? tak sewel ke?

pikiaq sendiri la woi

huh! * tenyeh hidung =__="

1 August 2011

.cara orang.

salam ramadhan.

entri bulan puasa yang pertama.

hari ini dah 1 Ramadhan . alhamdulillah . kita masih diberi kesempatan .

macam mana korang sambut ramadhan kali ni ?
lain orang lain cara kan.

ada orang menyambut ramadhan dengan penuh kerinduan untuk beribadat kepada Allah

ada orang menyambut ramadhan dengan penuh kerisauan sebab tak dapat makan

ada orang tak kira ramadhan atau lain-lain bulan, sentiasa hidup dalam kelaparan

ada orang tak kira ramadhan atau lain-lain bulan, sentiasa ikut nafsu yang dah ganti tempat syaitan


waktu aku kecik-kecik dulu, aku suka hari raya

tapi aku tak faham

kenapa kita kena seksa diri berpuasa?

aku tak faham kenapa tiap-tiap malam kita sembahyang terawih sepanjang bulan

aku tak faham kenapa kita kena makan sahur sebelum terbit matahari

lepas tu pulak kena lapar tak makan minum sepanjang hari

tapi masa berbuka puasa memang aku suka

bila dah besar sikit dah belajar dan baca apa itu ramadhan dan kenapa mesti berpuasa

apabila kita disyariatkan untuk melupakan nikmat dunia untuk seketika sewaktu kita berpuasa,
waktu itulah kita tersedar akan nasib manusia-manusia yang tidak mampu mendapat nikmat yang selama ni selalu terhidang depan mata . itulah hikmahnya berpuasa . ujian Allah ke atas makhluknya agar kita sentiasa bersyukur .

memang kadang-kadang ada antara kita yang teralpa akan hikmah sebenar berpuasa .
kita menahan nafsu lapar dan dahaga .
tapi kita sambut ramadhan seperti pesta .
pelbagai jualan, jamuan, perjumpaan, hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan .
semuanya disambut meriah atas nama ramadhan .

bagi diri aku pulak .

berpuasa setakat tahan lapar dan dahaga memang takde masalah

yang jadi masalahnya cuma . . .

memperbanyakkan ibadat dan amalan yang ikhlas diterima Allah

sebab aku masih insan yang lemah

harap-harap ramadhan kali ini akan lebih bermakna

insyaAllah