followers :)

27 June 2011

.susah ke nak senyum.


Untuk apa tuhan ciptakan senyuman ?
otot dicipta
senyuman diukir
aku senyum kau senyum
kau senyum aku senyum kembali
aku senyum kenapa dia tak senyum
emm , aku cuba lagi
dia tak senyum jugak ?

kenapa ya dia tak senyum ?


mungkin sebab . . .

senyuman dia mahal sangat
dia rasa aku tak layak terima senyuman dia
senyuman dia cantik sangat ke
sebab senyuman dia bagus sangat ke
sebab orang lain tak setaraf dengan dia ke
sebab dia pandai sangat ke
sebab dia tak suka bermesra ke

oh tak mengapa
mungkin dia sedang senggugut
mungkin boyfie dia curang
mungkin mak ayah dia marah result dia teruk
mungkin dia baru lepas kalah rebut coklat dengan adik 
mungkin dia baru lepas gaduh dengan roomate
mungkin aku yang kena cuba optimis dengan orang begini

Hmm sedih jugak
aku pandang kau . kau pandang aku
aku senyum . kau tak senyum
kerek jugak ya 
aku senyum lagi . kau sepi
"cis" jugak la aku bermonolog dalaman

sementara otot kita masih mampu bergerak
ukirlah senyuman selalu
senyuman kan sedekah ?
tak kisah gigi kau tak cantik , asalkan ikhlas sudah
sebelum senyuman kau ditarik balik
senyumlah dengan setulus hati
mungkin kau akan gembirakan seseorang yang sedang berduka


.amaran keras.


kerana harta
kasih sayang yang utuh dikhianati

kerana harta
kegembiraan diganti kesedihan

kerana harta
kebahagiaan hanyut dalam kecelakaan

kerana harta
manusia cepat lupa cepat berubah

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang , kau limpahkan lah kasih rahmat mu ke atas mereka yang ku sayang ,  jauhilah mereka dari bisikan syaitan yang bisa meruntuhkan kebahagian mereka . Sesungguhnya aku sayang mereka , lindungi dan kasihani lah kami hamba yang lemah ini .

AMARAN KERAS! (untuk kau dan aku)
  • hidup biarlah bersederhana
  • kau nak beli barang mewah, biarlah dengan gaji kau, bukan dengan duit loan atau scholar
  • susah dahulu, senang kemudian sangat terbukti
  • usahlah kau bermegah dengan kemewahan kau, sesungguhnya ia boleh ditarikNya bila-bila saja
  • jangan kerana harta kau lupa akan kasih yang tak ternilai dari dia
  • banyakkanlah sedekah
  • jangan biar EGO kau makan orang yang sayang kau
  • fikir dulu sebelum bertindak
  • sila menabung dari awal kerana kelak dewasa dan tua kau akan tahu apa gunanya , seriously.
  • KAYA sebelum MISKIN
 css

.perpisahan itu.

assalamualaikum.

kali ni tak ada cerita yang best . sesaje nak tulis entri pasal perpisahan .

benda yang paling sinonim dalam kehidupan seharian kita .
perpisahan tak kira la dengan siapa atau dengan apa . tapi setiap orang PASTI akan laluinya .

sama ada oleh hayat yang telah sampai ke penghujung atau sememangnya perhubungan itu telah sampai pada noktah untuk berhenti .

perpisahan adalah pintu untuk pertemuan yang baru . tanpa perpisahan boleh ke kita kenal orang baru tu , tak pun sayang dan seterusnya jadi pasangan kita ?

sedih . kesedihan hanyalah ledakan perasaan yang dibauri oleh perisa syaitan .

jika perlu menangis oleh perpisahan , menangislah . tapi usah terlalu lama sebab pintu pertemuan yang baru telah terbuka . pertemuan yang menjanjikan kegembiraan kerana kita semakin matang oleh pengalaman yang dilalui .

tanpa manusia terpaksa berenang menyeberang sungai , tak mungkin jambatan tercipta .

tanpa kepayahan terpaksa berpanas berhujan , tak mungkin rumah dibina .

setiap hari yang dilalui adalah ilmu buat mendepani hari muka . biar perpisahan berupa sedih pada hari ini . mungkin esok hari ia akan menjadi mukadimah kegembiraan pula .

perpisahan kembarnya adalah pertemuan :)

pada setiap perpisahan ada nikmat pertemuan . perpisahan adalah titik awal pada pertemuan yang lebih baik lagi . Allah tidak mensia-siakan hidup hamba-Nya kecuali hamba itu sendiri yang menjadikan dirinya sia-sia oleh keadaan .

bangkitlah . keluar dari kepompong kesedihan yang tidak perlu dan pergilah kepada dunia serba baru yang indah penuh berwarna.

kegembiraan seseorang Muslim adalah keredhaan Allah terhadapnya . maka carilah keredhaan itu dan yakinlah kita akan menemui-Nya .

-mwDHTI