followers :)

18 April 2012

.aku cuma an-Nisaa.

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya.
.
Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..

17 April 2012

.pedulikan.

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..

" Nah "

Secawan milo panas dan tiga keping biskut

" Terima kasih mak. Ni yang sayang lebih ni " ingin berjenaka sejenak.

Seharian masa dihabiskan di bilik. Meraung. Mengerang.
Beruang comel pun serasanya sudah kusut dipeluk.

Panadol.
Paracetamol.
Telan.

" Mak, bila sakit ni nak hilang ? "

" Tunggu la hang beranak 2 3 orang " mak melaung dari dapur

Aduh. Masalah ni. Pedulilah. Makan ubat.

p/s : hari ni hari pertama kimi tanpa pampers. susah juga rupanya nak didik  
        bagi pandai. boleh huru hara hidup. tapi sayang tetap sayang.

16 April 2012

.indah.

Bismillahirahmanirrahim...

* bzz..bzz..

1 New Message

* opening..

Pandang belakang...

p/s : ishtaqtu ilaika

.Scoliosis.

Assalamualaikum..

Selamat Kembali :)
Oh, kata-kata ditujukan buat aku.
Juga buat pembaca riang di sini.

Bila dibilang dengan jari.. Eh ! Tak cukup! Tambah jari kaki sekali.. Hm. Dah lama rupanya ada kat rumah. Duduk situ sana sini. Goyang kaki kiri kanan depan belakang. Hayun tangan sambil berpusing ala-ala 360 darjah. Ehem, tipu tu. Hehe :P

Tapi sakit bila buat macam tu. Tunduk lama-lama pun sakit belakang. Bangun tidur pun sakit leher. Kenapa ya?

Termenung pandang semut yang bertungkus lumus berebut sebutir gula yang jatuh..
Termenung pandang labah-labah gigih balut mangsa dengan benang dia..
Termenung pandang kuku aku. Cepatnyaa tumbuh.. =.="
Eh, abaikan.

Tiba-tiba.

Kakak Cantik : Okay, adik duduk elok-elok tau. Jangan gerak. 1..2..3.. Haa, nice girl.
                         Kan dah siap. Adik boleh siapkan diri and tunggu kat luar kejap.

* 5 minit kemudian *

Kakak Cantik : Adik, meh sini ikut kakak turun.. *tangan pegang sampul besar
                         Em, adik pernah jatuh ke dulu ? Ada sakit kat mana-mana tak?

Pesakit : Ermm.. *fikirfikirfikir.BANYAK!
               Pernah. * Senyum tapi hati dupdapdupdap

Kakak Cantik : Oh, takpa lah. Adik boleh balik dulu. Kejap lagi datang balik ambik
                         result.

* Sunway Pyramid kejap. Eika driver. Ami tukang kata *

* 5 petang. Bilik doktor *

Doktor : Semua okay. Tahap kesihatan bagus. Excellent.

Pesakit : Hehe.. Alhamdulillah :)

Doktor : Tapi, x-ray ni ada masalah sikit. Scoliosis ni. Kalau tak jaga lama-lama kamu
               boleh jadi macam ni.. * bangun buat gaya ala-ala orang menggeliat.

Pesakit : * Terkedu

Doktor : Bla..bla..bla.. tak boleh.... jangan... kalau boleh...  * nasihat

Ya Allah. Aku memerhati lama sampul besar atas riba. Basah.

Keputusan dah dibuat. Berat. Terpaksa. Maaf.

Tiada lagi lasak. Tiada lagi jatuh. Tiada lagi pelajaran seterusnya.

 " Awak boleh jadi penonton "

sekadar sedapkan hati sendiri.

Ujian itu tarbiyah. Hadapilah dengan kesabaran dan keimanan yang tinggi.

Sesungguhnya aku lemah tanpa petujuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu
Kuatkan lah hati dan semangatku
Tabahkan aku untuk menghadapi segala dugaan yang datangnya daripada-Mu
Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Amin Ya Karim
Amin Ya Rabbal 'Alamin

4 April 2012

.ikhlas.

Assalamualaikum :)

Serasanya lama benar dakwat tidak menconteng kertas ini.
Bukan apa
Mungkin tidak terdaya untuk kembali ke sini
Terlalu banyak halangan berduri kecil dan besar
Terlalu lama masa dihabiskan tanpa sempat dirakamkan pita
Terlalu jauh hati untuk berada di ruangan perasaan
Takpa, kali ini aku cuba.

Alhamdulillah..
Aku kini bergelar mahasisiwi
Sejak kaki menapak ke sana
Seperti ada sesuatu yang memanggil aku pulang
Ah, janganlah!
Aku baru belajar nak jauh daripada keluarga
Baru nak berhijrah.

HIJRAH!
Ya, aku ada niat untuk terus berhijrah.
Hijrah tempat
Hijrah hati
Hijrah diri

" kau dah buang tabiat ke? "

Mungkin orang akan persoalkan
Mungkin orang akan mula membina spekulasi masing-masing
Mungkin orang akan memandang aku atas bawah
Mungkin orang tak akan percaya

" Sabar. Hendak berubah memang ada ujiannya. Paling penting kamu sendiri kena kuat. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan ingin berubah ke arah kebaikannya. Ingatlah, apabila kita benar-benar komited untuk berubah, Allah sendiri akan memperlihatkan 'kebenaran'. Tugas kita adalah berusaha untuk menjadi yang terbaik. Setiap orang secara fitrahnya sukakan kebaikan. Justeru, perubahan kita akan disenangi oleh mereka di sekeliling kita, malahan makhluk di langit juga. Bersangka baiklah kepada Allah, nescaya Allah akan kurniakan kebaikan kepada kita. "

Amin.

Jiwa terangkum jitu dengan nawaitu yang sali
Akidah yang tulen
Iman yang autentik
Untuk menjunjung taklif agama
Mendokong panji khalifah
Memakmurkan bumi Allah dengan syiar-syiarnya
Generasi demi generasi berlalu
Khalifah silih berganti 
Dan nur itu makin melata di seantero alam.

Renungkan :)