salam ramadhan.
entri bulan puasa yang pertama.
hari ini dah 1 Ramadhan . alhamdulillah . kita masih diberi kesempatan .
macam mana korang sambut ramadhan kali ni ?
lain orang lain cara kan.
ada orang menyambut ramadhan dengan penuh kerinduan untuk beribadat kepada Allah
ada orang menyambut ramadhan dengan penuh kerisauan sebab tak dapat makan
ada orang tak kira ramadhan atau lain-lain bulan, sentiasa hidup dalam kelaparan
ada orang tak kira ramadhan atau lain-lain bulan, sentiasa ikut nafsu yang dah ganti tempat syaitan
waktu aku kecik-kecik dulu, aku suka hari raya
tapi aku tak faham
kenapa kita kena seksa diri berpuasa?
aku tak faham kenapa tiap-tiap malam kita sembahyang terawih sepanjang bulan
aku tak faham kenapa kita kena makan sahur sebelum terbit matahari
lepas tu pulak kena lapar tak makan minum sepanjang hari
tapi masa berbuka puasa memang aku suka
bila dah besar sikit dah belajar dan baca apa itu ramadhan dan kenapa mesti berpuasa
apabila kita disyariatkan untuk melupakan nikmat dunia untuk seketika sewaktu kita berpuasa,
waktu itulah kita tersedar akan nasib manusia-manusia yang tidak mampu mendapat nikmat yang selama ni selalu terhidang depan mata . itulah hikmahnya berpuasa . ujian Allah ke atas makhluknya agar kita sentiasa bersyukur .
memang kadang-kadang ada antara kita yang teralpa akan hikmah sebenar berpuasa .
kita menahan nafsu lapar dan dahaga .
tapi kita sambut ramadhan seperti pesta .
pelbagai jualan, jamuan, perjumpaan, hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan .
semuanya disambut meriah atas nama ramadhan .
bagi diri aku pulak .
berpuasa setakat tahan lapar dan dahaga memang takde masalah
yang jadi masalahnya cuma . . .
memperbanyakkan ibadat dan amalan yang ikhlas diterima Allah
sebab aku masih insan yang lemah
harap-harap ramadhan kali ini akan lebih bermakna
insyaAllah
No comments:
Post a Comment