Assalamualaikum..
awak yang kat sana tu, apa khabar? lama tak bertandang ke tempat saya?
malu barangkali?
benci barangkali?
ikut suka
asalkan bahagia
semoga satu hari nanti
Allah balas
sama dengan apa saya rasa
mungkin dekat awak sendiri
mungkin dekat dengan orang yang awak sayang
karma. percayalah.
salam perkenalan.
salam perpisahan.
dua permintaan?
susah ke nak tunaikan?
semudah gigit gula. tak payah gigit pun boleh cair sendiri dalam mulut.
sebati dalam kehidupan kita.
cuma aplikasikan je.
awak hormat, saya hormat.
awak pijak, saya hentam.
senang :)
followers :)
21 February 2014
4 November 2012
.musim.
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
“Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..”
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
“Allahumma syaiyiban nafi’a”
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .”
(Al-A’raf : 57)
(Al-A’raf : 57)
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah”
(al-Qamar : 11)
(al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun : 18)
(Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.”
(al-Hijr : 22)
(al-Hijr : 22)
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah Hud : 123)
(Surah Hud : 123)
3 November 2012
.Kematian bukan suatu Kemungkinan.
Seorang isteri bercerita. Pagi itu berlaku sedikit perselisihan faham dengan suaminya. Bagi menunjukkan tanda protes, dia tidak menoleh sedikit pun ketika suaminya melangkah keluar pergi berkerja. Sedangkan pada hari-hari sebelumnya dia akan menghulurkan tangan memperbetulkan tali leher atau kolar baju di samping mencium mesra tangan suaminya. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir seorang wanita yang bergelar isteri. Itulah yang sentiasa dipesan oleh ibunya. Itulah yang dilakukannya sejak dia bergelar seorang isteri.
Namun pada hari itu, perasaannya sedikit terluka dan itu perlu ditunjukkan kepada suaminya. Itulah yang ada dalam fikirannya. Tengah hari itu ketika perasaannya masih sebal tetapi tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada suaminya yang berhelah bertanya khabar tetapi sebenarnya ingin memohon maaf. Seikhlasnya ketika itu nalurinya ingin benar menutur bicara meluah rindu buat suami tercinta.
Telefon berbunyi, hati berbunga. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Itu bukannya panggilan daripada suami sebaliknya panggilan dari balai polis yang memintanya segera ke hospital. Dia perlu datang bagi membuat pengecaman kepada mayat seseorang yang hancur akibat suatu kemalangan yang dahsyat.
Dan benarlah. Itulah sekujur tubuh milik suaminya yang melangkah keluar dari rumah pagi tadi tanpa dia menoleh kepadanya.
Yang pergi dengan sekelumit kesedihan kerana kolar bajunya yang tidak dibetulkan.
Yang tidak sempat pun bersalaman buat kali terakhir.
Yang hanya memendam rasa cinta yang mendalam.
Yang melangkah pergi buat selama-lamanya.
Isteri itu kini hanya mampu menangis, menangis dan menangis lagi.
Kisah seperti ini berlaku dimana-mana disekeliling kita dengan pelbagai corak dan episod yang berbeza-beza. Kita melihat, mendengar dan merasai gawatnya setiap hari. Apa yang pasti ia menjelaskan tentang realiti, menceritakan tentang hakikat. Itulah pengakhiran hidup manusia.
Sekiranya kita diberi peluang kita mungkin ingin meminta suami itu tidak diambil nyawanya pada hari itu. Apa salahnya jika diberi ruang baginya untuk pulang terlebih dahulu, paling tidak untuk bersalaman dengan isteri yang sedang menunggu. Namun yang jelas itu bukan di bawah kuasa kita. Ia diluar batas upaya dan tadbir manusia.
Persoalannya kenapa kita tidak sedar akan mesej ini?

Sekiranya ia berlaku pada orang lain, bukankah ada
kemungkinan akan berlaku juga kepada kita? Kita tidak boleh beralasan hanya
kerana kita tidak tahu bila, dimana dan bagaimana, lalu kita tidak mahu memikirkannya. Tidak bersedia sama sekali untuk memikirkan detik tersebut.
Hakikatnya kita tidak disuruh untuk takut kepada kematian,
Cuma kita perlu bersedia, sama juga kita bersiap sedia atas sebarang
kemungkinan dalam kehidupan. Apatah lagi kematian bukan suatu kemungkinan
tetapi suatu kepastian. Tentulah perancangan dan persiapannya patut lebih hebat
lagi.
Sekiranya dapat difahami, ia akan menjadi guru yang sentiasa
mengingatkan kita. Samalah seperti kita mengunci penggera jam, ia boleh
menyedarkan dan membangunkan kita.Sebenarnya tiada guru sebaik kematian!
#Dipetik dari buku ‘U Turn Ke Jalan Lurus’ Oleh Zul Ramli
M.Razali
" Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam. Dengannya kita terus terjaga tanpa terlena"
6 September 2012
Ingat.Sedar.Faham
ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh
kita lemparkan ke hujung dunia
kita hapuskan dari minda dan ingatan
bukan kerana kita membenci
tetapi kerana menyedari
jika kita mengingatinya
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan
jika terus menyimpannya
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan..
bukan membenci, bukan jua berputus asa
cuma sedar dan faham
ada sesetengah perkara memang bukan hak kita..
menjauhi bukan bermakna membenci
cuma untuk mengelakkan hati terus merindui pada yang tak pasti..

15 May 2012
.I Will.
It will be like this
I will forget you starting from today
You will be a person
That i do not know
Just like a person that i have not seen
Even if we meet on the street
Our paths have never crossed
I am okay
I've already forgotten
I am happy in my busy world
I have met a good person
As it grows weaker and weaker
It will be slowly forgotten
Speaking of love
Another love will come along
It surely will
Even though it hurts now as time passes
The wounds will heal
It will be like this
It will forget you
And I will too
3 May 2012
.kita.
Ya Allah
Bila dia bukan jodohku
Bila dia bukan untukku
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku
Ya Allah
Bila ini bukan masanya
Bila ini belum masanya
Jarakkan kami
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia
Agar kami tidak mengundang murka-Mu
Agar kami dapat lebih menjaga hati
Subhanallah.
18 April 2012
.aku cuma an-Nisaa.
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehahDialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya.
.
Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..

Subscribe to:
Posts (Atom)